Tuesday, August 12, 2008

Syed Ali persoal Zaid membisu?

Senator Datuk Syed Ali Al-Habshee mempersoalkan pendirian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Mohd Zaid Ibrahim yang bertanggungjawab dalam soal perundangan yang dikatakan masih membisu berhubung soal penganjuran forum "memeluk Islam" oleh Majlis Peguam yang telah mencetuskan kemarahan masyarakat Islam di negara ini. Sumber Malaysiakini. Comment aku: Nie lagi sarong sorang time xde isu diisukannya, time ada susu isu ntah hilang kemana. Awat... hang sakit kepala lutut kaa? Be a superman laa wei ....

Tetap Tunai Janji Harga Minyak Ikut Pasaran

PUTRAJAYA 11 Ogos - Kerajaan tetap berpegang dengan janji untuk menyelaraskan harga runcit petrol berdasarkan harga pasaran purata bulanan mulai 1 September ini ekoran trend penurunan harga bahan api itu di pasaran dunia. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, sekiranya harga minyak berada pada kadar yang rendah hingga memerlukan harga bahan api itu di pasaran tempatan diturunkan, maka kerajaan pasti mengambil keputusan untuk menurunkan harganya. Sumber Utusan Online.

Comment aku: Inilah keputusan yg. diputuskan oleh orang2 yg bijak pandai dan akal panjang didalam kerajaan Malaysia. SYABAS Dr. Shahab !!

‘Khalid hina UiTM, orang Melayu’

PUTRAJAYA 11 Ogos – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin menyelar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana sanggup menggadaikan hak keistimewaan orang Melayu dengan mengemukakan cadangan supaya kuota pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera. Sumber Utusan Online. Comment aku: Ini laa Meroyan Melayu... pemikiran masih belum lagi direformasi, naik minyak tak tentu pasal. Apa dan dimana salahnya? baru je memberi cadangan dah bermacam2 suara yg. menyalak tak tentu pasal, hentam sana-sini kononnya mempertahankan hak-hak orang melayu. Kalau nak difikir secara logiknya cadangan yg. diusulkan sudah pasti tidak akan direalisasi disebabkan oleh faktor ketentuan yg. ditentukan oleh pihak kerajaan / MARA sendiri. Jadi kenapa cadangan ini diperbesarkan yg. semestinya kita yakin ia tidak akan terlaksana. Melayu ohhh melayu wake up la!! pls. open your mind jgn. jadi mcm. anjing nampak kuntilanak tak tentu pasal menyalak.